6.0 KESIMPULAN
Setelah
menjalani Latihan Industri selama satu semester (20 minggu) ini,
banyak yang dapat saya pelajari dari segala aspek berkaitan dengan
kerjaya terutama cara berkomunikasi dengan pihak atasan dan pihak yang
berkaitan. Juga banyak pengalaman, pengetahuan dan pendedahan yang
berguna dapat saya perolehi. Melalui program latihan industri ini, saya
telah didedahkan kepada bentuk alam pekerjaan yang sebenar. Oleh yang
demikian, ia secara tidak langsung telah mendisiplinkan saya sebagai
seorang pekerja dan mendedahkan saya kepada struktur organisasi jabatan
atau firma.
Secara amnya Latihan Industri patut diteruskan kerana ia berfungsi
memberikan manfaat serta faedah kepada pelatih dari segi ilmiah
pengalaman sebelum menjejakkan kaki ke alam pekerjaan yang sebenar.
Dalam hal ini, pelatih akan dapat melihat gambaran yang jelas serta
keadaan dunia pekerjaan sebenar disamping berusaha menyesuaikan diri
dengan tugas-tugas yang diberikan kepadanya.
Sepanjang menjalani latihan industri, banyak perkara yang telah berubah
antaranya daripada sudut persekitaran, pembelajaran, dan pergaulan
sesama rakan sekerja. Ianya secara langsung dapat mempertingkatkan sikap
toleransi terhadap diri saya sendiri.
Walaubagaimanapun, beberapa kelemahan masih wujud dalam diri yang boleh
diperbaiki pada masa hadapan. Maka, dapatlah disimpulkan bahawa program
latihan industri ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada pelatih
walaupun terdapat kelemahan kecil yang boleh mencacatkan keadaan, tetapi
dapat ditangani dan dipelajari untuk kegunaan masa hadapan.
Kesimpulan yang saya dapat ketika menjalani latihan industri ini ialah
saya dapat mempergunakan segala ilmu yang saya pelajari daripada
Politeknik untuk didedahkan ke alam pekerjaan terutamanya dalam bidang
perkomputeran ini. Saya juga dapat melihat dan merasai sendiri suasana
sebenar dunia pekerjaan serta berhadapan dengan pahit manis sepanjang
latihan industri dijalankan.
Di sini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak Unit Teknologi Maklumat (UTM) serta Unit Latihan Industri Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang atas segala bantuan yang telah diberikan kepada saya sepanjang latihan industri ini dijalankan. Dan saya juga ingin memohon maaf sekiranya ada kesilapan yang terkandung dalam laporan ini. Dengan menjalani latihan ini, diharap segala pengalaman dan ilmu dapat digunakan apabila menceburi bidang kerjaya kelak.
No comments:
Post a Comment