DAPATAN DAN CADANGAN



5.0 DAPATAN DAN CADANGAN

Terima kasih diucapkan kepada Unit Teknologi Maklumat (UTM) Majlis Daerah Cameron Highlands kerana telah memberi saya peluang untuk menjalani Latihan Industri di sini dengan jayanya. Banyak perkara, pengetahuan dan maklumat yang saya dapat di sini sepanjang Latihan Industri ini berlangsung.



Bagi saya Latihan Industri ini adalah salah satu langkah yang terbaik untuk para pelajar kerana ia akan memberi impak yang berkesan apabila pelajar menempuh ke alam dunia pekerjaan kelak. Latihan Industri ini patut diteruskan sahaja oleh pihak Politeknik kerana dengan cara ini dapat menyiapkan diri pelajar untuk merasai pengalaman sebagai seorang pekerja bawahan.



            Pada pemerhatian saya, masih ada kekurangan dan kelebihan yang saya dapat sepanjang Latihan Industri ini dijalankan. Tujuan saya ini tidaklah untuk mengguriskan hati mana-mana pihak tetapi adalah untuk menjayakan lagi program Latihan Industri ini, ianya mungkin akan memberi kesan yang baik kepada pelajar-pelajar praktikal yang akan datang.


Antara senarai saranan dan cadangan saya sepanjang Latihan Industri dijalankan :




1.           Pihak Politeknik perlulah menghubungi pihak syarikat untuk mengetahui perkembangan aktiviti-aktiviti pelajar yang menjalani Latihan Industri. Dalam hal ini, dapat memberikan kesan yang baik kepada syarikat untuk menerima pelajar Politeknik menjalani Latihan Industri di syarikat tersebut pada masa akan datang. Mungkin juga penyelia ingin menyampaikan beberapa perkara atau aduan kepada pihak Politeknik sekiranya pelajar ada membuat masalah.

2.      Pihak syarikat seharusnya menempatkan pelajar praktikal kepada unit-unit atau jabatan-jabatan yang berkaitan dengan jurusan yang diambil oleh pelajar praktikal. Dengan cara ini, para pelajar dapat mengembangkan lagi ilmu yang telah dipelajari dari Politeknik berdasarkan jurusan yang diceburi.


3.       Pihak syarikat perlu memberi tunjuk ajar kepada pelajar. Sebagai contoh, apabila pelajar diperlukan untuk membina sistematau servis yang tidak pernah dipelajari sebelum ini maka perlu diajar atau dipantau oleh Unit Teknologi Maklumat kerana mencipta sistem ini banyak memberi tekanan kepada para pelajar.

4.      Staf-staf di syarikat ini amat ramah dan mesra. Ianya dapat memberi tunjuk ajar apabila pelajar bertanya. Hal ini, dapat mengeratkan hubungan antara staf-staf di syarikat ini dengan pelajar-pelajar praktikal. Ianya juga dapat memupuk semangat kerjasama antara staf dan para pelajar.



5.       Pihak syarikat perlu menyediakan jadual tugas kepada para pelajar supaya para pelajar dapat menjalankan aktiviti yang telah dirancang mengikut pada jadual yang telah disediakan. Hal ini, para pelajar tidak akan rasa terasing dengan staf-staf lain dan tidak akan membuang masa begitu sahaja sekiranya pelajar mempunyai banyak masa yang terluang.  

6.   Pihak Politeknik perlu memaklumkan lebih awal kepada pelajar sekiranya ada apa-apa pertukaran peraturan yang baru supaya pelajar dapat membuat kerja dengan sehabis baik. Sebagai contoh laporan akhir ini diberi pilihan untuk dijilidkan atau membuat blog. Seperti makluman awal kepada sesiapa yang membuat blog tidak perlu lagi mencetak apa-apa untuk di beri kan kepada pensyarah pada lapor diri nanti. Tetapi pelajar telah diberitahu pada minggu akhir untuk mencetak blog mereka sebelum melapor diri pada politeknik nanti, Hal ini menjadikan masalah bagi pelajar-pelajar yang ada permasalahan kewangan dan hanya mampu untuk membuat blog dan bukan menjilidkan laporan akhir Latihan Industri mereka.

No comments:

Post a Comment

HALAMAN UTAMA

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK BALIK PULAU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUST...