PENGHARGAAN


PENGHARGAAN

            Segala pujian bagi Allah S.W.T yang maha pengasih lagi maha penyayang. Syukur ke hadrat ilahi kerana dengan taufik dan hidayahNya, Laporan Akhir Latihan Industri ini dapat disempurnakan dengan keizinanNya. Seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Politeknik, saya telah sempurnakan program Latihan Industri ini dalam tempoh yang telah ditetapkan iaitu sepanjang satu semester (5 bulan) bermula 19 Jun 2017 sehingga 3 November 2017 bagi sesi Jun 2017.
Saya Muhammad Hafizollah Bin Azis (21DNS14F2016)dari Politeknik Balik Pulau, Pulau Pinang yang mengikuti kursus Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) telah menyelesaikan program Latihan Industri di Unit Teknologi Maklumat Majlis Daerah Cameron Highlands dengan jayanya. Banyak pengalaman dan pengetahuan yang telah saya perolehi dalam tempoh 1 semester (20 minggu) berada di Unit Teknologi Maklumat (Majlis Daerah Cameron Highlands) ini.
Setinggi penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pihak Unit Teknologi Maklumat (MDCH) terutama kepada Puan Wan Zainab Bt. Wan Seman selaku Ketua Unit Teknologi Maklumat kerana sudi menerima saya untuk menjalani program Latihan Industri di sini. Terima kasih diucapkan kepada kakitangan di Unit Teknologi Maklumat (MDCH) terutama Encik Safar Iqbal Bin Abdul Karim selaku Juruteknik Komputer  serta staf-staf di sini yang sudah menganggap saya sebagai rakan sekerja dan banyak membantu saya dalam mejayakan program Latihan Industri ini. Segala ilmu yang saya perolehi di sini tidak akan saya sia-siakan walaupun di luar bidang saya kerana mungkin di luar sana pelbagai bidang yang boleh saya ceburi.
Juga diucapkan jutaan terima kasih kepada Unit Perhubungan Latihan Industri (UPLI), Politeknik Balik Pulau iaitu Encik Suntheran A/L Yoganthan yang banyak memberi tunjuk ajar dan pengetahuan yang berguna sepanjang saya menjalankan program Latihan Industri di Politeknik Balik Pulau. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak secara langsung dalam penghasilan laporan saya ini.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

No comments:

Post a Comment

HALAMAN UTAMA

JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT & KOMUNIKASI POLITEKNIK BALIK PULAU LAPORAN AKHIR LATIHAN INDUST...